Sunday 17 February 2013

MAMA

assalamualaikum. salam sejahtera. salam 1Malaysia.
dalam proses menaik taraf kualiti dan ketahanan produk kami, kami telah menukarkan penggunaan material pada bantal kepada jenis kain kusyen/kain langsir yang lembut, tebal dan empuk sebagai cover dan background untuk bantal-bantal yang kami hasilkan.
 kain yang digunakan sangat baik dan berkualiti tinggi. tidak berbulu dan tidak mudah rosak. sebelum ini kami menggunakan kain jenis felt dan flannel sebagai cover tetapi kami mendapati bantal yang dihasilkan mudah berbulu. oleh itu, untuk memastikan kepuasan kepada pelanggan kami, kami telah menukarkannya kepada kain yang lebih baik. 
Kini, bantal dari aeiou felt craft boleh di bawa bersama-sama ketika tidur.
#pasti selesa #tidak berbulu #empuk giteww


code : P 020

alhamdulillah tempahan kali ini datangnya dari adik junior comel lote kita, ashikin namanya. khas untuk bonda tersayang, ashikin request untuk hasilkan satu bantal pink yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah pada ulang tahun hari jadi ibunya. warna dan tulisan pada bantal 100% pilihan customer sendiri. tapi, ashikin minta admin hasilkan design ikut hasil kreativiti admin sendiri. apa lagi, mula lah jiwang keluar bunga-bunga pada bantal. warna pink bukan sahaja diminati oleh adik ashikin, tapi admin nya juga minat sangat pink. jadi, lebih seronok lah nak curah-curahkan idea pada bantal ni. 
maaf segala kekurangan. dan terima kasih tak terhingga dari kami di aeioufeltcraft. sayang ekin ^^
*sila rujuk gambar di atas*

price : RM30 each

No comments:

Post a Comment